Swindon – Seorang pengasuh, Jade Hatt, 21 tahun, terlepas daripada hukuman penjara kerana melakukan seks dengan budak lelaki berusia 11 tahun selepas bapa budak tersebut mempertahankan Hatt dan menyifatkan anaknya itu gila seks.
Bapa mangsa, Rob Ross yang pernah mengadakan seks dengan Hatt memberitahu mahkamah di Swindon bahawa anaknya itu mempunyai pengalaman.
“Saya tahu dia memberitahu tertuduh bahawa dia berusia 15 tahun. Dia nampak lebih tua daripada usia sebenar,’’ katanya ketika menjelaskan mengenai anaknya itu.
Ketika perbicaraan pula, mahkamah dimaklumkan kejadian berlaku pada hari cuti dan tertuduh tiba di rumah mangsa pada pukul 11.30 pagi.
“Budak lelaki itu berbaring di atas lantai dan Hatt kemudiannya duduk di atas budak itu lalu menanggalkan bajunya dan menanggalkan baju budak itu.
“Bagaimanapun ia hanya bertahan selama 45 saat apabila budak itu memberitahu dia tidak menikmatinya dan menyedari perbuatan itu adalah salah,’’ kata pendakwaraya.
Hakim menjatuhkan hukuman penjara enam bulan, namun ditangguhkan selama dua tahun dan Hatt juga perlu didaftarkan sebagai pesalah seks selama tujuh tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan