"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jumlah korban tragedi Mina 1,453, bukan 769

Gambar fail yang dirakam pada 24 September lalu menunjukkan jenazah jemaah bergelimpangan di jalan raya.
Dubai: Jumlah angka korban tragedi rempuhan di Mina pada 24 September lalu, ialah sekurang-kurangnya 1,453 orang, lebih tinggi berbanding 769 orang mengikut kenyataan rasmi kerajaan Arab Saudi menjadikan ia jumlah korban terbesar dalam tragedi haji.

Associated Press (AP) mendakwa kiraannya berdasarkan kenyataan dan komen pegawai 19 negara yang rakyat mereka menunaikan haji di Makkah tahun ini.

Pihak berkuasa Arab Saudi sebelum ini menegaskan jumlah kematian tragedi itu adalah tepat dan siasatan masih berjalan. Angka korban 769 orang itu tidak bertambah sejak diumumkan pada 26 September.

Menurut AP, Iran menyatakan 465 jemaahnya terbunuh, Mesir (148), Indonesia (120), India (101), Nigeria (99), Pakistan (93), Mali (70), Bangladesh (63), Senegal (54), Benin (51), Cameroon (42), Ethiopia (31), Sudan (30), Maghribi (27), Algeria (25), Ghana (12), Chad (11), Kenya (lapan) dan Turki (tiga).

Menurut pihak berkuasa negara terbabit, ratusan lagi masih hilang.

Iran yang menyalahkan Arab Saudi terhadap tragedi itu, juga menuduh Riyadh cuba menutup jumlah kematian sebenar yang didakwanya melebihi 4,700 orang tanpa mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong tuduhan itu.

Tragedi rempuhan jemaah haji pada 1990 mengorbankan 1,426 jemaah. - AP
-hmetro-

Tiada ulasan: