"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahmad Maslan suruh rakyat buat 2 kerja untuk tampung kos sara hidup

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan menggalakkan rakyat melakukan 2 pekerjaan pada satu masa sebagai cara menangani peningkatan kos sara hidup. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Disember, 2015.Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan menggalakkan rakyat melakukan 2 pekerjaan pada satu masa sebagai cara menangani peningkatan kos sara hidup. 
Seorang timbalan menteri berpendapat rakyat yang melakukan 2 pekerjaan pada satu masa tidak dianggap perkara luar biasa dan kerajaan menggalakkan usaha tersebut sebagai cara menangani peningkatan kos sara hidup.

Portal Astro Awani memetik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata pendekatan 2 pekerjaan itu juga dilakukan kebanyakan rakyat di luar negara.

"Saya rasa ia (2 pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysia ada peraturan, ia satu cara bagi menangani kos sara hidup juga.

"Walaupun kerja waktu pejabat (dari jam 8 pagi ke 5 petang), masih boleh buat online business, asalkan datang kerja dengan tidur yang cukup. Online business boleh buat 'weekend' juga," katanya dilaporkan berkata.

Pada masa sama, ketua penerangan Umno itu juga menyarankan rakyat memulakan perniagaan secara kecil-kecilan menerusi perniagaan atas talian atau online, yang dilihat sebagai alternatif kepada pekerjaan makan gaji.

Ahmad berkata, penjawat awam bebas dan tidak dihalang menjalankan perniagaan secara online, untuk menambah pendapatan.

Asalkan, katanya, tumpuan serta komitmen diberikan kepada pekerjaan sebenar supaya ia tidak menjejaskan prestasi kecemerlangan.

"Kerajaan melancarkan e-usahawan dan e-rezeki. Boleh lihat portal. Ia (2 pekerjaan) selaras dengan apa yang dibuat peringkat kerajaan," katanya.
-malaysianinsider-

2 ulasan:

libas berkata...

Tapi Dato', sebelum suruh cari 2 kerja tu, adakah kerajaan ingin memberitahu kami yg korupsi, ketirisan, penyalahgunaan kuasa dan duit rakyat, tidak amanah, menyamun di siang hari itu kami redho sahaja dan terus kan kehidupan seperti biasa. Atau lepas ni akan ada pula kenyataan..kalau susah juga nak hidup, baik bunuh diri aje??!??!..kesian rakyat malaysia..

PokAmid berkata...

Kayu sungguh la dia ni!!