"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menteri selamat berkahwin dengan gadis 27 tahun (Gambar)

FMT Reporters
Datuk-Joseph-Entulu-Belaun
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Selangau, Datuk Joseph Entulu Belaun, 61, selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis berusia 27 tahun, Jacklyne Anthony pada Sabtu lalu.

Menurut laporan portal Borneo Post Online, majlis perkahwinan pasangan berkenaan diadakan di Kingwood Resort Mukah.

Perkahwinan yang bertemakan warna putih dan merah jambu bermula dengan Jacklyne berjalan diiringi bapanya, Anthony Bilong sebelum upacara pertukaran cincin antara pasangan terbabit sambil disaksikan ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan terdekat.

Pada sebelah petang, pasangan berkenaan berjalan ke dalam dewan diiringi muzik ‘beraboh’.

Menurut satu lagi laporan, ini merupakan perkahwinan ketiga bagi Joseph selepas dua perkahwinannya sebelum ini berakhir dengan perceraian.

Joseph juga mempunyai dua anak lelaki dan seorang anak perempuan hasil perkahwinan pertama beliau.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Adat Bumiputra dan Penan) , Datuk John Sikie, Setiausaha Politik di Jabatan Perdana Menteri, Adriana Chumang Nyambong, setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Dr Richard Will Uban, Pemanca Robert Nanta, ketua-ketua jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat, lapor Borneo Post Online.

Tiada ulasan: