"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Ibu lemaskan dua anak hingga mati dalam tab mandi

HOUSTON: Seorang ibu mengaku melemaskan dua anaknya sendiri di dalam tab mandi di rumah mereka di sini, lapor ABC13.com.Menurut jurucakap polis, Kese Smith, seorang rakan ternampak suspek membuang perkakas dari dalam rumahnya ke halaman bersebelahan pada pagi Ahad.

Suspek dilaporkan memberitahu rakannya itu yang dia terpaksa berpindah hari ini dan meminta bantuan daripadanya.

Ketika ditanya tentang anak-anaknya, suspek dilaporkan memberitahu rakannya yang dia telah membunuh mereka.

Rakannya itu pada mulanya tidak mengambil serius kata-kata suspek. Namun apabila suspek mengulangi jawapan sama apabila ditanya sekali lagi, dia mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku.

Rakannya itu kemudian memandu kereta bersama suspek dan berhenti kira-kira satu blok dari balai polis.

Dia kemudian berlari ke balai polis dan melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Sheborah Thomas, 30 tahun, kini ditahan.

Pihak berkuasa menjumpai mayat kedua-dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, di bawah rumah jiran.

Thomas didakwa melemaskan mereka di dalam tab mandi pada Jumaat.
Seorang lagi anak lelakinya, berusia 12 tahun, tiada di rumah ketika itu kerana bersama dengan ayahnya.

Rekod perubatan Thomas tidak menunjukkan dia mempunyai sejarah penyakit mental.
~Agensi

Tiada ulasan: