Melecur iPhone meletup selepas terjatuh
Kecederaan yang alami Clear.
SYDNEY - AUSTRALIA. Seorang penungang basikal melecur di kaki akibat telefon bimbit iPhone miliknya meletup di dalam poketnya selepas terjatuh.
Seorang konsultan syarikat swasta, Gareth Clear, 36, berkata, iPhone tersebut diletakkan di poket belakang seluarnya dan terbakar selepas dia terjatuh dari basikal semasa menunggang pada petang Ahad lalu.
"Saya melihat asap keluar dari poket belakang dan kemudian tiba-tiba saya rasa sakit dan semakin sakit," katanya sambil menambah dia berasa seperti panas membakar
"Saya ingat, ketika melihat kaki, saya melihat seperti serbuk hitam dan bau seperti fosforus," katanya dipetik The Sydney Morning Herald.
Menurut Clear, dia hanya mengalami kemalangan kecil selepas kakinya tergelincir pada pedal basikal ketika ingin bergerak menyebabkan dia hilang keseimbangan.
Clear menerima rawatan di unit kebakaran Hospital Diraja North Shore dan dimaklumkan mengalami luka melecur darjah ketiga di peha kanan.
Sementara itu, pejabat Apple berpangkalan di Australia tidak mengulas lanjut berhubung insiden ini dan difahamkan, syarikat itu berhubung terus dengan Clear.
Clear bagaimanapun tidak menyalahkan Apple ekoran kecederaan yang dialaminya dan mahu meningkatkan kesedaran mengenai potensi bahaya iPhone.
Bukan satu kebiasaan bateri ion litium yang digunakan pada telefon pintar, komputer riba, papan hover dan kereta elektrik meletup.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) berkata pihaknya kebiasaannya akan menerima sekitar satu atau dua laporan daripada penggunaan berkaitan kecederaan akibat bateri telefon bimbit setiap tahun.
Jurucakap ACCC berkata, pihaknya sedang menyiasat insiden tersebut
-sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan