"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Doktor Dari JB Terkejut Dengan Buruh Bangladesh Yang Dirawatnya

Tranungkite
Seorang doktor dari Johor Baharu Dr. Goh Aik Ping melalui laman Facebooknya menceritakan pengalaman unik dan menarik selepas merawat seorang pesakit yang merupakan seorang buruh binaan warga Bangladesh.

Beliau memberitahu dia berasa terkejut rupanya pekerja buruh binaan yang berpakaian lusuh dengan memakai kasut binaan berwarna kuning ala-ala “Phua Chu Kang” berkenaan merupakan seorang yang amat mahir dalam terma perubatan moden.

Ianya disedari apabila pekerja berkenaan meminta beliau merawatnya masalah kesihatanya dengan menyebut nama penyakit dan ubat-ubat yang patut digunakan untuk merawat penyakitnya.

“Pesakit Bangladesh itu mengadu cirit-birit dan memberitahu yang dia mengesyaki dirinya menghidap ‘disentri’, satu istilah perubatan untuk jangkitan usus. Saya terkejut dan berhenti merawatnya seketika, kemudian saya bertanya bagaimana dia tahu istilah itu, tetapi dia berdiam diri,” tulis Dr. Goh.

Selepas memeriksa pesakit berkenaan, Dr. Goh memberitahunya yang dia telah mengalami keradangan dalam perut, gastroenteritis sebagai punca cirit-biritnya.

Sebelum sempat menerangkan preskripsinya, pesakit Bangladesh itu bertanya jika beliau mempunyai ubat seperti ciprofloxacin, metronidazole dan Azithromycin, nama-nama yang kompleks yang hanya digunakan oleh doktor atau pakar perubatan.

“Saya tertanya-tanya bagaimana lelaki ini boleh tahu nama ubat-ubatan, malah sebutannya juga sangat tepat,” tulisnya seperti dialih bahasa oleh Thecoverage.

Tindakan pesakit berkejaan membuatkan Dr Goh terkejut dan tertanya-tanya siapakah sebenarnya buruh binaan Bangladesh ini membuatkan dia cuba mengupas identiti sebenar lelaki itudan akhirnya terjawab dia sebenarnya seorang ahli farmasi dan memiliki farmasinya sendiri di negara asalnya.

“Saya belajar farmasi dan adik saya pula seorang doktor. Saya mengambil keputusan meninggalkan negara itu ekoran ketidakstabilan politik. Setelah segalanya pulih, saya akan kembali ke sana (Bangladesh),” kata pesakit.

Dr Goh dalam pada pada itu membaritahu dia berasa sedih kepada lelaki itu kerana dia meninggalkan bangsa dan kerjayanya untuk daang ke bumi Malaysia menjadi buruh binaan, sanggup bekerja keras di bawah matahari panas, menanggung persekitaran yang bertentangan dengan budayanya. Semuanya kerana, kehidupan domestik di sini lebih baik.

“Saya tidak dapat membantunya, sekadar mengeluh sahaja.”

Beliau dalam pada itu memikirkan nasib rakyat malaysia jika negara kita berhadapan dengan ketidakstabilan politik, adakah kita juga akan merantau ke negara orang yang lebih maju, menjadi kuli dan buruh tetapi menikmati hidup yang lebih baik dari negara sendiri. - Siakapkeli.my

Tiada ulasan: