"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Trump Akan Segera Usir 3 Juta Pati Ada Rekod Jenayah

Donald Trump dalam wawancara program 60 Minutes yang disiarkan di CBS pada Ahad. Foto 60 Minutes / Mail Online
DONALD Trump yang diberi mandat sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) berkata, beliau merancang untuk mengusir antara dua hingga tiga juta pendatang asing tanpa izin (Pati) dengan rekod jenayah serta-merta.

Menerusi wawancara pertamanya sejak memenangi pilihan raya presiden, Trump meyakinkan para penyokongnya dengan tindakan mengusir atau memenjarakan sehingga tiga juta 'kumpulan samseng' dan 'pengedar dadah'.

Bersama CBS menerusi program '60 Minutes' yang bersiaran pada Ahad, Trump turut menegaskan bahawa beliau akan membina tembok di sepanjang sempadan AS-Mexico.

Pembinaan tembok itu merupakan antara yang terkandung dalam kempen pilihan raya presidennya.

"Apa yang kita akan lakukan adalah mengenal pasti mereka ini (Pati) yang merupakan penjenayah dan mempunyai rekod jenayah, kumpulan samseng, pengedar dadah, di mana mereka dianggarkan dua juta orang, mungkin mencecah tiga juta.

"Kita akan mengeluarkan mereka dari negara ini atau kita akan penjarakan mereka," kata Trump.

"Tetapi kita akan berusaha mengeluarkan mereka dari negara ini kerana mereka berada di sini secara haram."

Menurut laporan penguatkuasa imigrsen, kurang dari 200,000 Pati dihantar pulang ke negara asal pada 2014 merupakan mereka yang melakukan jenayah.

Trump bagaimanapun tidak menjelaskan langkah yang akan dilakukan terhadap baki Pati di negara itu yang dianggarkan mencecah 10 juta orang. - Mail Online

Tiada ulasan: