"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Kontroversi Dakwa Trump Kelahiran Pakistan Undang Kecaman

Tranungkite


WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghabiskan masa bertahun-tahun untuk membuktikan Presiden Barack Obama bukan merupakan rakyat Amerika.


Namun kini ahli perniagaan itu mungkin terpaksa mempertahankan diri apabila timbul dakwaan yang mengatakan beliau merupakan anak yatim dari Pakistan.

Dakwaan tersebut kedengaran mengarut tetapi rangkaian televisyen yang beroperasi di Pakistan, Neo News menampilkan laporan yang mendedahkan Trump sebenarnya lahir di Waziristan pada 1946 dengan dikenali sebagai Dawood Ibrahim Khan.

Laporan itu mendakwa, Trump tinggal di sana sehingga 1955 sebelum dijadikan anak angkat oleh sebuah keluarga dari AS susulan kematian ibu bapanya.

Stesen televisyen itu juga menunjukkan gambar Trump semasa kecil dan mendakwa wakil Parti Republikan tersebut menerima pendidikan di Pakistan semasa zaman kanak-kanak.

Bagaimanapun Neo News mendakwa mereka mendapat laporan itu berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pengguna Twitter.

Kenyataan itu turut mendakwa Trump dilahirkan dalam keluarga Islam.

Namun selepas menyiarkan laporan tersebut, Ne0 News dikecam teruk oleh penduduk tempatan yang mempersoalkan sebuah stesen berita yang bereputasi tinggi boleh mengeluarkan dakwaan sedemikian.

Laporan tersebut dipercayai ada kaitan dengan tindakan Trump menuduh Obama dilahirkan di Kenya walaupun tuduhan itu tidak benar.

Sepanjang kempen pilihan raya Presiden lalu, Trump menggunakan isu tersebut untuk mempersoalkan kredibiliti Obama tetapi kemudiannya mengakui Presiden AS terbabit dilahirkan di Amerika.

Bagaimanapun Trump tidak memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan palsu itu.

Tiada ulasan: