"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Harga tak munasabah

AZURA MOHAMAD

Nasi berlaukkan ayam dan kerang yang dibeli dengan harga RM6 oleh seorang penduduk.
KUALA KRAI - Seorang penduduk di sini, kecewa dengan sikap peniaga pasar malam yang mengambil kesempatan di atas kenaikan harga minyak masak dan petrol untuk menaikkan harga makanan dijual.

Adun Guchil, Mohd Roslan Puteh berkata, beliau yang menerima aduan itu turut kesal dengan sikap peniaga sedemikian.

Menurutnya, nasi dengan seketul ayam dan beberapa isi kerang dijual pada harga RM6 sebungkus.

“Peniaga menjadikan alasan untuk menaikkan harga makanan dijual kerana kenaikan harga minyak masak dan petrol.

“Saya harap peniaga tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna kerana harga tersebut terlalu tinggi dan tidak munasabah," katanya.

Mohd Roslan berharap peniaga jujur dalam perniagaan masing-masing dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati.

Sementara itu, Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Machang/Kuala Krai, Sulaiman Derahim berkata, pihaknya tidak menerima laporan berhubung kes terbabit.

Menurutnya, setiap masa pegawai jabatan itu bergilir-gilir turun ke pasar malam besar di daerah ini dan Machang.

“Kita selalu membuat pemantauan ke atas harga barangan dijual di pasar malam.

“Makanan dijual tidak ada kawalan harga tetapi peniaga wajib meletakkan tanda harga,” katanya.

Tiada ulasan: