"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita MCA ketawakan Jamal dapat penumbuk: 'Tak salah kalau dia dapat penumbuk'

Heng Seai Kie
MALAYSIA DATELINE
Wanita MCA menyelar tindakan ketua kumpulan baju merah Datuk Sri Jamal Md Yunos yang sering bertindak ganas dan mengeluarkan kenyataan berbentuk ancaman khususnya kepada wanita.

Heng Seai KiePengerusinya Datuk Heng Seai Kie berkata, walaupun Jamal salah seorang pemimpin Umno namun beliau telah melanggar semangat BN dan semangat 1Malaysia yang mendukung keamanan , keharmonian dan perpaduan dalam negara.

Beliau menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertindak tegas ke atas Jamal dan kumpulannya dan tidak boleh memandang ringan kenyataan Jamal yang berbaur ugutan.

Ia merujuk kepada laporan polis yang dibuat Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin kerana tindakan Jamal yang kerap mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada beberapa pimpinan Bersih 5.

"Walaupun Wanita MCA tidak pernah bersetuju dengan mana-mana demonstrasi jalanan terutamanya Bersih 5.0 yang jelas melanggar objektif asal dan kini bertindak lebih pro pembangkang untuk mewujudkan huru-hara, namun kita bimbang dengan dakwaan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin bahawa Jamal Yunos sekali lagi mengancam untuk 'mencincang" petugas partinya.

Jamal berdarah hidung ketika hari-hari mencabar pihak untuk bergasak melucukan, kata MCA.
"Kami mahu pihak polis  mengambil tundakan yang lebih tegas terhadap kumpulan kumpulan baju merah dan Jamal," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau bagaimana pun berasa lucu apabila Jamal yang selalu mahukan 'pertumpahan darah' ditumbuk dan kini menuntut keadilan ke atas dirinya.
"Lucu apabila seseorang seperti Jamal yang selalu menyeru kepada pertumpahan darah ditumbuk di hidung dan mahukan keadilan untuk dirinya sedangkan sebelm ini dia dan kumpulannya sering mengeluarkan ancaman.

"Apa yang dia lakukan kepada orang lain, akan kembali kepada dirinya. Tidak salah kalau dia mendapat penumbuk," katanya.

Tiada ulasan: