"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Kisah Shukri pergi terjun laut kini menghantui Kg Lahar Yooi

MALAYSIA DATELINE

Akhbar mingguan Amanah menjadikan tragedi ini sebagai laporan muka depan mereka.

Kisah tindakan nekad seorang pemuda Mohd Shukri Saad, 38, terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Pulau Pinang kini menjadi perbualan hangat penduduk kampung beliau di Lahar Yooi, yang terletak di Tasik Gelugor, Pulau Pinang.

Tiga minggu selepas peristiwa Shukri meninggalkan nota terakhirnya sebelum terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang, niatnya kini mula disedari pemimpin politik negeri itu, lapor Free Malaysia Today (FMT).

Perjuangan Shukri akan tersemadi dalam kubur ini jika apa yang ditulis beliau tidak diketahui orang ramai.Walaupun ada segelintir penduduk cuba memberikan gambaran negatif, majoriti mereka terutama yang mengenali Shukri memahami tindakan itu, kata FMT.

Mayat Shukri, seorang pemilik kedai runcit dan juga penyokong tegar Pas, ditemui pada Oktober 28, terapung dengan batu terikat pada badannya, kira-kira satu batu nautika dari lokasi dia terjun, dekat kawasan Batu Maung berhampiran pulau.

Sebelum itu, Shukri memuat naik kiriman di Facebook, meluahkan sebab tindakannya di samping nasihatnya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, supaya jangan mesra dengan Umno.

Khamis ini, Amanah di Pulau Pinang berganding dengan rakan pembangkangnya DAP, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menganjurkan forum khas mengenang apa yang kini dikenali sebagai “Tragedi Lahar Yooi”, di sebuah dewan dekat Merbau Kudung, kampung bersebelahan Lahar Yooi.

Majlis itu akan disertai oleh Pengerusi Amanah negeri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Naib Pengerusi DAP negeri, Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera dari PKR, Sim Tze Tzin, dan bekas timbalan menteri Datuk Seri Sharif Omar, kata laman itu.

Program itu diberi tajuk “Biarlah aku berkorban untuk Malaysia”, ayat yang Shukri gunakan dalam catatan di Facebooknya sebelum kejadian itu.

Di lorong inilah terletaknya rumah yang disewa Shukri.Bagi mereka, Shukri membuat pengorbanan besar untuk negara dan kisah beliau tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tetapi perlu diketahui oleh semua orang.

“Kalau kita biarkan saja, pengorbanan yang dibuat oleh Shukri untuk Malaysia akan sia-sia sahaja,” kata Rosli Hassan, penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Dua, sebahagian Lahar Yooi.

Ada pihak dalam Umno dikatakan tidak mahu kisah Shukri disebarkan, kerana ia memberi kesan yang parah terhadap parti.

Di pihak PAS pula, mereka fobia terhadap perbuatan “membunuh diri” yang dilabelkan ke atas Shukri.

“Kerana kes rokok yang nilai rampasannya hanya RM160, aku akan dipenjarakan… ini kesalahan pertama aku pada tahun 2012… baru sekarang naik mahkamah….tarikh naik court kelmarin tapi ditunda hari ini,” tulisnya.

Bagi Shukri, beliau adalah “rakyat yang dizalimi” sebagaimana ramai lagi rakyat negara ini yang mempunyai perasaan yang sama.

“Banyak bebanan aku nak tangungg…dan ku tak sanggup dipenjarakan… dengan ini ku memilih untuk berkorban sebagai rakyat yang dizalimi….aku akan tamatkan riwayat akuu….kerana banyak kali ku bermimpi lemas di lautan….. ku tahu Allah maha mengetahui dan mungkin aku di kalangan hambaNya terpilih….biar la aku berkorban demi rakyat Malaysia,” tulis Shukri.

Sebagai ahli dan penyokong Pas, Shukri meluahkan perasaanya mengenai hala tuju kepimpinan PAS sekarang, dengan menasihati Hadi tidak termakan dengan sokongan Umno untuk rang undang-undang memperkasakan sistem perundangan Syariah.

“Buat Presiden Pas, janganlah tertipu dengan pimpinan Umno, depa wayang jerr kata dok sokong rang undang undang yang nak di bawak tu agar pembangkang berpecah.

“Bersatula kembali menjadi pembangkang yang kuat…agar nasib macam aku terbela…..nanti dah jadi kerajaan media dah di control senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nak dibawak tuuu……” tulisnya.

Inilah rumah yang disewa Shukri.Penduduk di Lahar Yooi mengenali Shukri seorang yang baik dan terlibat aktif dalam kegiatan masyarakat.

“Beliau orang yang baik, bergaul baik dengan masyarakat dan sangat aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan beliau aktif dalam gerakan pemuda Pas,” kata Jailani, jiran Shukri, lapor FMT.

Namun ada sesuatu yang istimewa kepada Shukri.
Menurut Jailani, dia suka bertindak ekstrem atau nekad dalam banyak tindakannya.

Katanya, ada pihak yang memberikan tanggapan negatif ekoran tindakan Shukri itu termasuklah membunuh diri, yang dianggap dosa besar dalam Islam.

Namun bagi Jailani, itu antara Shukri dengan Allah. Tambahnya, Shukri berkorban menyedarkan semua pihak tentang penderitaan dan tekanan yang dihadapi oleh ramai rakyat sekarang.

Bagi Mujahid yang mengetuai Amanah Pulau Pinang, Shukri merupakan mangsa sistem sebagaimana ramai yang lain di negara ini.

“(Bunuh diri) bukan cara terbaik untuk melahirkan kekecewaan tetapi ia adalah cara melambangkan sistem yang menghukum rakyat marhaen demi sesuap nasi dan membiarkan yang berkuasa dan kroninya terus merompak,” kata Mujahid dalam satu kenyataan mengulas kematian Shukri.

Ekoran pro dan kontra isu ini, balu Shukri, seorang kakitangan awam, tidak mahu kisah suaminya dipanjangkan lagi.

“Saya mahu terus pandang ke depan dan melupakan perkara ini,” kata beliau kepada FMT, yang tidak mahu kisah sedih keluarga beliau ini diungkit-ungkit lagi.

Beliau juga dalam proses mengambil tindakan terhadap sebuah media yang melabelkan suaminya “penyeludup” rokok.

Tiada ulasan: