"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Bukan tarbiyah ini yang kami terima - Salahuddin

ARIF ATAN
Salahuddin Ayub Sikap Pas yang tidak lagi lantang menentang penindasan rejim Umno-BN bercanggah dengan tarbiyah atau proses pendidikan daripada kepimpinan Pas terdahulu, tegas Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.
Menurutnya, hal tersebut dapat dilihat ketika protes menggunakan plakad 'Di Mana Rm2.6 bilion?' pada 2015 apabila ahli parlimen Pas enggan berbuat demikian bersama-sama dengan gabungan Pakatan Harapan.

"Tak boleh sokong, cenderung pada kezaliman pun tidak boleh. Sekarang, angkat kertas pun tidak mahu. Ada yang kata tidak boleh sebab tiada saksi.

"Ini bukan tarbiyah yang dididik Yusof Rawa (bekas Mursyidul Am Pas, 1987-1995), Nik Aziz (bekas Mursyidul Am Pas, 1995-2015), Ustaz Fadzil Noor (bekas Presiden Pas, 1989-2002).

"Bukan tarbiyah ini yang kami terima. Kita lawan kezaliman dengan apa yang kita ada. Kita berjihad dengan apa termampu.

"Hari ini mereka (Pas) tidak berani menegur Najib Razak kerana kononnya dia Melayu dan Islam. Pulak dah," ujarnya dalam ceramah di Pasir Tumboh, Kelantan kelmarin.

Salahuddin berkata, kerjasama politik antara parti pembangkang berpecah-belah, rakyat keliru manakala Pas menjadi parti paling tidak boleh dipercayai ekoran sikap pemimpinnya pasca pemergian Almarhum Nik Aziz.

"Paling jelas isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan MO1 (Malaysian Official 1). Adakah kaedah feqah nak tunggu empat saksi lagi?" bidasnya.

Untuk rekod, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2015 dilapor berkata, sebarang tuduhan dan dakwaan salah laku yang dilemparkan kepada Najib Razak perlu berasas dan memerlukan saksi.

Terdahulu, Mursyidul Am Pas Allahyarham Datuk Dr Haron Din pula mengganggap laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa terdapat aliran wang 1MDB berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi Najib sebagai 'tidak logik.

Mengulas lanjut, Salahuddin menegaskan pendirian Pas berhubung skandal 1MDB bercanggah dengan reaksi beberapa negara luar yang mengambil tindakan undang-undang termasuk ke atas ahli perniagaan Jho Low.

"Singapura, Switzerland, Amerika mengambil tindakan dan Jho Low mendapat waran dan akan didakwa tidak lama lagi. Tiba-tiba ada ulamak (Pas) katakan tidak boleh.

"Dalam sejarah dunia ini ada pemerintah yang zalim disokong oleh agamawan yang korup. Oleh itu, kita tidak boleh bertolak-ansur dengan kezaliman seperti ini.

"Semua orang tahu Najib korup, Umno tidak boleh diselamatkan. Kenapa DAP, Amanah, PKR ada di sini? Kerana kita hari ini tidak boleh lagi bersekongkol atau menyokong kezaliman yang dilakukan Umno-BN," ujar Salahuddin.

Tidak khianat

Bekas Naib Presiden Pas itu berkata, beliau bersama beberapa pemimpin Amanah hari ini yang dahulunya menerima tarbiyah Pas boleh sahaja menyertai Umno jika mahu.

"Sekiranya kami meninggalkan Pas, kami masuk Umno. Datuk Husam bukan sekadar menteri, perdana menteri pun boleh. Mat Sabu (Presiden Amanah) boleh.

"Saya boleh jual kerusi saya dulu," katanya yang juga bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal itu.

Walau bagaimanapun, mereka sama sekali tidak berbuat demikian kerana berpegang pada amanah yang diberi oleh rakyat dalam menentang Umno-BN.

"Kami tidak pernah khianat dengan mandat yang rakyat beri. Kami tidak khianat. Kami lawan Umno atas dasar bukan peribadi.

"Kalau peribadi, tidak akan duduk dengan Ariffin (Ketua PPBM Bahagian Kubang Kerian) pada malam ini (kelmarin). Kalau peribadi kami tidak terima Tun Mahathir kerana kita menentang kezaliman parti," tambahnya lagi.

Tiada ulasan: