"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Syabu: Pemimpin politik bergelar Datuk dari Johor ini mengaku tak bersalah


Melaka: Seorang pemimpin politik di Johor bergelar Datuk, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, pagi tadi, atas tuduhan menggunakan dadah jenis syabu Ogos tahun lalu.

Tertuduh Mohamed Mustafa Abdul Kadir, 57, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian di Johor itu, didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine pada jam 6 petang, 1 Ogos 2016 di cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b) dibaca bersama Seksyen 38B akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh di hukum penjara hingga dua tahun, atau denda hingga RM5,000 atau kedua-dua sekali dan perintah pengawasan hingga tiga tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syazreen Nadia Saaban, mencadangkan jaminan RM4,000.

Bagaimanapun Peguam Bela Salmi Hamdan Sabran yang mewakili tertuduh merayu jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh memberikan kerjasama sepanjang siasatan.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Mohd Firdaus menawarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
-hmetro

Tiada ulasan: