"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Tular lagi kabinet bayangan: Muhyiddin, Azmin gandingan pimpin negara (Gambar)

MALAYSIA DATELINE
Setelah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi bayangan akan menjadi parti utama mendokong perjuangan Pakatan Harapan, kini barisan kabinet bayangan pakatan pembangkang sekali lagi menjadi tular di media sosial.

Kabinet bayangan itu membariskan kepimpinan utama gabungan Bersatu, PKR,Amanah dan DAP sekiranya pakatan pembangkang itu berjaya menumbangkan Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tanpa menyenaraikan pimpinan Pas.

Jika pernah pada Disember tahun lalu tersebar kabinet bayangan Pakatan Harapan yang mana pemimpin defacto DAP Lim Kit Siang dilantik sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 1 manakala Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kit Siang menafikan 'Barisan Kerajaan Baru 2017- Pakatan Harapan yang dianggotai PKR,DAP,Amanah dan Bersatu dengan 22 barisan menteri kabinet itu.

Tetapi kali ini 'Kabinet Pakatan Harapan- Bersatu Pasca Pilihan Raya Umum ke-14' itu pula menyenaraikan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan Timbalannya Datuk Seri Mohd Azmin Ali.

Manakala barisan Menteri di Jabatan Perdana Menteri terdiri daripada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail,Rafizi Ramli, Salahuddin Ayub, Tony Pua dan Ramkarpal Sigh.

Jika dilihat daripada barisan kabinet bayangan ini, ia sejajar dengan pandangan Tan Sri Muhyiddin ketika berceramah di Kota Kiri, Padang Rengas Sabtu lalu.

Antara lain Muhyiddin dipetik berkata,untuk melihat bahawa gabungan parti baharu ini adalah berteraskan Melayu dan parti PPBM ujarnya, antara parti utama yang akan mendokong perjuangan parti dalam gabungan harapan ini.

Ia bagi memastikan pakatan tersebut dipelopori oleh parti yang berteraskan Melayu bagi mewujudkan keyakinan rakyat.

perkara itu akan dibicangkan bersama-sama kepimpinan parti-parti komponen di dalam Pakatan Harapan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun semalam, DAP menerusi kenyataan Lim Guan Eng dipetik berkata, Wan Azizah masih kekal sebagai Ketua Pembangkang dan tiada sebarang perubahan mengenainya.

Malah kata Guan Eng, Pakatan Harapan juga masih belum mengadakan mesyuarat bersama bagi membincangkan isu itu memandangkan PPBM baru sahaja diterima masuk ke dalam Pakatan.

Paa 20 Mac lalu Bersatu dalam gabungan itu menerusi Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penyertaan parti itu dalam Pakatan Harapan untuk mewujudkan manisfeto dan logo baharu serta menyasarkan pertandingan satu lawan satu dalam PRU14.

Tiada ulasan: