"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Budak perempuan ni kata, masjid atau surau kena minta izin penduduk kalau nak azan



Bagi umat Islam yang lain tentunya rasa syahdu dan sayu apabila mendengar alunan azan, tapi lain pula pendapat aktivis bebas ini yang meletakkan syarat untuk laungan azan tersebut.

Menerusi akaun Twitternya @ladymissazira, Azira Aziz melontarkan pandangannya supaya masjid atau surau yang berada dalam kedudukan 50 meter dari kawasan perumahan sepatutnya disyaratkan untuk mendapatkan kebenaran penduduk kerana azan dilaungkan lima kali sehari.

Azira Aziz turut berpendapat bahawa budaya kebencian, pergaduhan dan mentaliti tidak bertoleransi adalah merupakan budaya yang dibawa masuk dari negara Arab kedalam masyarakat Melayu, satu masalah fundamentalisme yang melanda negara pada ketika ini.

Perkembangan ini dikatakan berpunca dari ramainya graduan Islam negara ini yang menuntut di negara Timur Tengah dan menuntut agar penghantaran pelajar ke negara seperti Arab Saudi dihadkan.

“Sekiranya kerajaan menghadkan penghantaran pelajar dan kemasukkan tenaga pengajar Islam dari rantau Arab mungkin rakyat negara ini akan hidup dengan lebih aman lagi,” tulisnya lapor portal myNewsHub.

Pandangan aktivis bebas itu susulan Kerajaan Negeri Selangor akan membuat semakan semula kepada Garis Panduan Manual Selangor dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor yang menyaksikan syarat pembinaan rumah ibadat bukan Islam diperketatkan.

Kenyataannya itu menjadi viral di Twitter dan rata-rata netizen berasa marah dan menganggap beliau sebagai seorang Islam liberal.
-malaysianreview

Tiada ulasan: