"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Inspektor ditahan buat hal dalam tandas wanita














ALOR SETAR – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditahan kerana didapati berkelakuan tidak sopan di dalam tandas wanita di sebuah pusat beli-belah di sini semalam.
Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, sebelum itu pihak polis menerima maklumat terdapat individu yang membuat kacau di pusat beli-belah pada 12.30 tengah hari.

“Sebuah MPV dan beberapa URB (Unit Rondaan Bermotosikal) telah digerakkan untuk memeriksa keadaan tersebut. Hasil pemeriksaan, polis telah menahan seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam boxer di dalam tandas perempuan di tingkat empat,” katanya dalam satu kenyataan.

Asri berkata, hasil pemeriksaan lanjut, pihak polis turut menjumpai satu paket yang mengandungi ketulan kristal disyaki syabu seberat 0.62 gram pada lelaki berkenaan.

Ujian urin mendapati suspek positif methamphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. 
-Bernama

Tiada ulasan: