"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tahan lelaki paksa dua beradik lakukan aksi lucah

Ipoh – Polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes cabul dua adik-beradik lelaki di Sungai Buloh, Sungai Siput dekat sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata, pihak polis menangkap lelaki itu selepas menerima laporan daripada ibu kedua-dua mangsa pada pukul 10 pagi semalam.

Jelasnya, berdasarkan keterangan ibu mangsa, sewaktu kejadian, suspek yang merupakan sepupunya telah datang ke rumah mereka sewaktu dia dan suami keluar bekerja.

“Suspek dipercayai menunjukkan video lucah di telefon bimbitnya kepada kedua-dua mangsa.

“Selain itu, suspek juga memaksa dua kanak-kanak yang masing-masing berusia sembilan dan 10 tahun masuk ke dalam bilik untuk meniru aksi di dalam video tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Menurut Tian Kee, selepas kejadian, suspek yang bekerja sebagai pekerja kontrak anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah memberikan wang sejumlah RM4.00 kepada kedua-dua mangsa.

Jelasnya, wang tersebut diberikan kepada dua beradik berkenaan agar tidak mendedahkan perkara perbuatan terkutuk itu kepada ibu bapa mereka.

“Mangsa telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan doktor.

“Suspek juga telah telah direman selama empat hari untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(b) dan Seksyen 15 Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017. 
-Kosmo

Tiada ulasan: