"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Demi menjadi Muslim, Melly cekalkan hati

Vokalis kumpulan Sakura Band, Melly Matius mengaku pada awalnya bimbang untuk mendedahkan penghijrahannya kepada Islam, yang dibuatnya beberapa bulan lalu.

Penyanyi yang berasal dari Sabah itu berkata, dia khuatir dengan reaksi sesetengah masyarakat tentang keputusan yang diambilnya itu.

"Tidak dinafikan saya khuatir dengan pandangan umum terhadap penghijrahan ini, sebab itulah dirahsiakan dulu sebelum mengumumkannya sempena hari lahir pada 10 Oktober.

"Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan atas bantuan ibu yang menetap di sini. Saya mendapat sokongan banyak pihak, terutama ahli keluarga dan sahabat handai," katanya yang lebih mesra disapa Mell, seperti dilapor Utusan Online hari ini.

Ibunya, Nur Batrisyah, 46, yang memeluk Islam sejak tiga tahun lalu juga merupakan pendorong utama baginya untuk turut melakukan penghijrahan, katanya lagi.

Kumpulan yang sebelum ini popular dengan lagu Polaroid itu kini rancak mempromosikan singel terbaru berjudul Yakiniku.

Melly tidak menafikan sebab utama dia memeluk Islam adalah kerana sedang menjalin cinta dengan seorang lelaki Muslim.

Namun, dia berkata belum tiba masanya menamatkan status bujang dengan kekasihnya itu yang dikatakan seorang pemain dram kumpulan popular tempatan dalam masa terdekat.

Apabila tiba jodohnya nanti, dia tidak akan merahsiakannya daripada peminat, katanya lagi.
-malaysiakini 

Tiada ulasan: