"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MP Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz mahu kempen untuk Anwar di PD

Zikri Kamarulzaman 
Anggota Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan hasrat berkempen untuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.

"Saya serius," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada beliau bergurau.

Ditanya alasannya mahu berkempen untuk Anwar, Nazri berkata ia adalah yang terbaik untuk Umno bagi memastikan parti itu kembali ke dalam kerajaan.

"Saya tidak jangka Umno akan jadi kerajaan dalam masa terdekat, tapi terdapat pendapat di kalangan anggota parlimen Umno bahawa kita perlu kembali menjadi kerajaan secepat mungkin.

"Satu-satunya cara untuk melakukan perkara itu adalah dengan bekerjasama dengan PKR... Jadi kita perlu tunjuk niat baik jika kita, jika kita ingin jadi kerajaan, biarkan Anwar menang," katanya.

Nazri turut menafikan dakwaan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan yang berkata bahawa Umno akan "berlawan mati-matian" dengan Anwar di Port Dickson.

Bekas menteri pelancongan itu berpendapat bahawa ia bukan keputusan Umno, dan Mohamad "bukan seorang anggota parlimen dan tidak tahu apa yang dirancang anggota parlimen".

Beliau juga berkata Umno tidak dapat memenangi kerusi itu, maka mereka perlu membiarkan PKR menukar anggota parlimen.

Kata Nazri lagi, beliau akan tetap berkempen untuk Anwar meski Umno akan mencabar pemimpin PKR itu di Port Dickson.

Ini kerana, jelasnya, beliau mahu "yang terbaik untuk Umno, dan bukannya kepentingan individu.

"Saya tetap akan berkempen untuk Anwar, tapi ini cuma spekulasi (yang Umno akan bertanding)," katanya.

Nazri juga menyatakan kesediaan berdepan tindakan disiplin atas pendiriannya itu.

Mengulas lanjut, Nazri berkata PKR merupakan parti yang dipilih rakyat untuk berkuasa dan ia jelas ditunjukkan dalam tiga PRK sebelum ini.

"Ada tiga PRK sebelum ini. MCA, PAS dan Umno kalah teruk, rakyat tetap menolak lawan PKR (dan Pakatan Harapan).

"Jadi anda perlu dekat dengan rakyat, dan mereka mahu memberi PKR peluang," katanya.

Mengulas berhubung kemungkinan menubuhkan gabungan, Nazri berkata ia tidak pelik.

Malah, katanya, perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein melakukan perkara itu apabila menukar Perikatan menjadi BN serta menawarkan untuk semua parti pembangkang bergabung dalam satu gabungan.

"Razak seorang pemimpin yang bijak dan berani, kita perlu jadi seperti beliau," katanya.

PRK Port Dickson diadakan selepas penyandang kerusi parlimen itu Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatan semalam.

Langkah itu dikatakan untuk membuka jalan kepada Anwar kembali ke Parlimen.

Tiada ulasan: