"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Sudah masanya tinggalkan Pas'

NUR FARHANA ABDUL MANAN

Hairul Nizam (kiri) menyerahkan borang menyertai keahlian Amanah kepada AR Kamarul.
SHAH ALAM - Bekas Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas Selangor, Hairul Nizam Tohar mengumumkan keluar parti itu dan memilih menyertai Amanah, Isnin lalu.

Beliau berkata, keputusan itu diambil berikutan kecewa Pas menjalin hubungan bersama Umno dalam dua PRK yang berlangsung baru-baru ini.

“Desas-desus Pas mahu jalin kerjasama dengan Umno dah lama kedengaran. Bila mereka umum untuk bergabung ketika PRK Dun Sungai Kandis, maka saya merasakan sudah sampai masa tinggalkan Pas.

“Keputusan ini dibuat atas dasar prinsip tidak boleh bersama kemungkaran dan kezaliman, bila Pas semakin akrab serta intim bersama Umno, saya tidak gembira,”katanya.

Bekas Ketua Pemuda Pas Kuala Langat itu berkata, beliau kecewa Pas secara jelas menyokong MCA yang sebelum ini terang-terangan turut menentang hudud.

Katanya, tindakan Pas itu menyebabkan ramai dalam kalangan ahli Pas tidak selesa dengan suasana terbabit dan ia dapat dibuktikan apabila ramai ahli parti itu tidak turun mengundi.

“Pas dilihat semakin selesa apabila duduk sepentas bersama pimpinan Umno pada PRK Dun Seri Setia malah secara jelas menyokong MCA yang sebelum ini menentang hudud.

“Saya rasa mungkin ramai lagi akan meninggalkan Pas sama ada untuk bersama parti lain atau sekadar duduk diam,” katanya yang menyerahkan borang menyertai keahlian Amanah kepada AR Kamarul Hisham Yeop Hashim.

Tiada ulasan: