"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UMNO DAN PAS MULA BERBALAH?

Barangkali ramai yang keliru dan terpinga-pinga apabila Presiden Pas, Hadi Awang secara tiba-tiba mahukan Tun Mahathir Mohamad terus kekal sebagai sebagai Perdana Menteri selama sepenggal dan bukannya dua tahun seperti yang diura-urakan bagi memenuhi janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Bukankah Hadi juga yang sebelum ini tidak setuju dengan Tun Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri, malah pernah menasihatkan agar beliau menghabiskan lebih banyak masa di sisa-sisa usianya dengan ibadah dan tikar sembahyang?

Apa sudah jadi sekarang?

Apakah perubahan sikap ini kerana royalti minyak untuk Kelantan dan Terengganu sudah diperolehi?

Atau kerana Pas tidak setuju dengan kecenderungan UMNO yang semakin ketara dan nyata untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan PKR dan Anwar Ibrahim?

Mungkinkah Pas dan UMNO akhirnya akan berbalah serta putus hubungan berikutan isu kerajaan perpaduan ini? (ShahbudinHusin 29/09/2018)

Tiada ulasan: