"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rosmah berdepan 15 tuduhan pengubahan wang, kata sumber

FMT Reporters 
PETALING JAYA: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dijangka berdepan sekurang-kurangnya 15 pertuduhan pengubahan wang melibatkan RM7 juta, kata beberapa sumber.

Mereka berkata kesalahan-kesalahan itu, yang disiasat bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amlatfa), didakwa dilakukan antara 2013 dan 2014.

Sumber berkata jika kesalahan-kesalahan itu dilakukan sebelum September 2014, Rosmah berdepan hukuman denda sehingga RM5 juta, penjara maksimum 5 tahun, atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Jika kesalahan-kesalahan itu dilakukan selepas September 2014, dia bedepan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan yang dijangka difailkan terhadap Rosmah menyusuli siasatan intensif 5 bulan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rosmah, 66, ditahan petang tadi di ibu pejabat SPRM selepas penyiasat menyoalnya mengenai peranannya dalam skandal 1MDB.

Beliau akan dibawa ke hadapan hakim Mahkamah Sesyen esok pagi dan prosiding dijangka membawa ke tengah hari, terutama berapa banyak ikat jamin yang dibayarnya.

Najib berdepan 32 pertuduhan kerana pengubahan wang haram, salahguna kuasa dan pecah amanah.

Pada 20 September, Najib, 65, dituduh dengan 21 tuduhan pengubahan wang haram dan 4 tuduhan salahguna kuasa mengenai RM2.28 bilion yang diterima dalam akaun bank peribadi.

Pada 4 Julai, Najib dituduh dengan 3 tuduhan pecah amanah 1 tuduhan salahguna kuasa berkaitan sejumlah RM42 juta yang dipindahkan ke akaun bank miliknya daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Pada 8 Ogos, Najib didakwa bawah Amlafta atas 3 tuduhan pengubahan wang berkaitan transaksi yang sama.

Najib bebas dengan ikat jamin mencecah RM4.5 juta dan perbicaraan dijangka bermula di Mahkamah Tinggi awal tahun depan.

Tiada ulasan: