JEFFERSON, Missouri - Mata seorang pelajar perempuan sekolah menengah berdarah sehingga menyebabkan doktor yang merawatnya hilang punca untuk mengubati penyakit misteri itu.
Jordyn Walker, 15, mengalami sakit perut yang teruk, muntah dan cirit berdarah selama 10 hari sebelum dibawa ke hospital di sini baru-baru ini.
Doktor memaklumkan penyakit misteri itu telah menyebabkan tekanan tinggi di dalam bebola mata Walker sehingga saraf optik pada mata kanannya putus sementara saraf pada mata kiri rosak teruk.
Remaja itu didakwa diserang penyakit sama pada bulan Julai 2017 ketika menaiki bot bersama keluarganya menyebabkan dia hilang deria bau dan rasa pada lidah. Kedua-dua deria itu kembali normal selepas beberapa hari.
Keluarganya telah membuka akaun di laman web GoFundMe untuk mencari dana bagi merawat dan menyelidiki penyakit yang menyebabkan dia menjadi buta. Mereka berjaya mengumpul AS$37,000 (RM152,000) dalam tempoh 12 hari. – Agensi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan