"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Calon Ketua Pemuda Bersatu pohon jawatan GLC di Kedah

SITI NUR ZAWANI MISCON

Satu surat tersebar di media sosial dipercayai permohonan untuk mendapatkan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) oleh calon Ketua Pemuda Bersatu Nasional, Mohd Muzammil Ismail.

Menerusi surat bertarikh 1 Jun itu, Muzammil dikatakan menawarkan dirinya untuk jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam mana-mana syarikat anak negeri Kedah yang disenaraikannya.

Surat dengan logo rasmi Bersatu itu dilihat dihantar kepada Menteri Besar (MB) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor beralamatkan Pejabat MB dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Saya Mohd Muzzammil bin Ismail dengan rasa rendah diri dan takzim menawarkan diri untuk memikul tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Pengarah di dalam mana-mana agensi atau syarikat anak negeri di Kedah seperti Bina Darul Aman (BDB), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

“Ini berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja seperti yang dilampirkan dalam ‘resume’.

“Saya berkelulusan dalam bidang perancangan bandar dan hartanah dan sedang menyiapkan kajian ilmiah PhD fasa akhir dalam bidang Tebatan Banjir,” tulis surat itu.

Surat berkenaan dilihat telah diterima oleh Pejabat MB dan ditandatangani Setiausaha Politiknya, Afnan Hamimi Datuk Taib Azamudden yang juga Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang.

Terpapar catatan ringkas yang menyebut, “berdasarkan perbincangan bersama YAB MB, YAB MB bersedia untuk mempertimbangkan permohonan.”

Surat permohonan Muzammil tular mengundang kecaman orang ramai.

Tiada ulasan: