"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

13,215 mangsa baharu Covid-19, Selangor paling tinggi

FMT Reporters

PETALING JAYA: Sebanyak 13,215 mangsa baharu dijangkiti Covid-19, yang tertinggi dilaporkan Kementerian Kesihatan setakat ini.

KKM melaporkan bilangan kes positif baharu yang tinggi tiga hari berturut-turut, kali ini mengatasi 11,618 kes pada Selasa dan 11,079 pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan secara keseluruhan sebanyak 880,782 kes Covid-19 dilaporkan sehingga kini.

Selangor melaporkan bilangan kes tertinggi, dengan 6,120 kes.

Ia diikuti Negeri Sembilan (1,603), Kuala Lumpur (1,499), Kedah (695), Johor (599), Pulau Pinang (509), Melaka (484), Sabah (370), Sarawak (363), Perak (344), Kelantan (255), Pahang (222), Terengganu (70), Putrajaya (53), Labuan (26), dan Perlis (3).

Tiada ulasan: