"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Cool brader and sista’

HANIPA MAIDIN

Apabila seseorang itu berada di pentas politik, mereka perlu tanamkan dalam jiwa bahawa politik itu berkait rapat dengan kuasa.

Ada orang habaq orang politik masih waras jika depa tak ada wang, tapi jangan sampai depa hilang atau tak ada kuasa.

Kuasa itu pula ada orang habaq ia macam gula! Ya, dalam gula itu ada kemanisan. Para tentera semut akan kalut mengerumuni gula selagi wujud kemanisan pada gula.

Cuma ramai juga yang tak berapa sedar kemanisan gula itu sendiri banyak membawa pelbagai petaka dan mudarat!

Kerana kuasa, ramai yang mudah tewas dan tumbang. Lantaran kuasa juga ramai yang tak kisah menyailang sambil suka temberang.

Bohonglah jika anda tak kecewa jika tak pasai pasai nama anda tak naik jadi calon.

Apa lagi jika anda tak tahu pasai apa depa drop nama anda.

Lagi pedih jika alasan anda dibuang diselit dengan 1,001 alasan yang temberang yang bertukar setiap masa dan keadaan.

Bila jumpa A diberi alasan B. Untuk B pula diberi alasan C.

Jika tak boleh jadi calon parti A kenapa tak boleh jadi calon parti B? Kan ‘aku’ ni ‘winnable’?

Bila ‘aku’ masih menang melalui parti B, kan ‘aku’ dah habaq yang aku winnable! Kini aku masih YB walau dengan parti B!

Ya, tak semua ada otak macam tu.

Misalnya, parti A mungkin tak sempurna tapi nak buang harga diri dengan sertai parti B hanya kerana nak jadi calon sori mori lah.

Ada pulak yang masa dalam parti ‘alif’ tak pernah dapat merasa jadi calon. Nak jadi pemimpin di peringkat nasional pun tak merasa.

Bukan je ada yang sentiasa kalah bertanding dalam pemilihan parti, ada pula yang nak dicalonkan oleh kawasan pun tak merasa.

Tup, tup parti ‘ba’ ditubuhkan. Jadi, ada peluang ni. Parti ‘ba’ beri peluang bertanding. Opps, tapi masih kalah lagi walau dah bagi peluang.

Ini tak boleh jadi ni. Kena buat sesuatu.

Kena tukar naratif ni – Parti ‘ba’ kena bagi muka baru untuk bertanding di kerusi yang menang. Macamlah yang kerusi menang itu dari dulu sentiasa menang!

Nak masuk politik tapi sentiasa nak senang dan mudah.

Depa tak sedar yang depa di tempat menang itu sentiasa istiqamah kalah.

Ah, persetan itu semua. Yang penting, “aku nak jadi YB dan nak berada dalam manisan gula!” Aku mesti rebut peluang.

Itulah ragamnya. Apapun, menikmati kuasa itu macam orang yang dahagakan air yang tak mudah hilang haus hanya dengan minum seteguk air apa lagi air manis.

Lepas dah menikmati segelas air manis, depa ingin gelas kedua. Lepas 7-up depa nak rasa pula Pepsi atau Coca-cola.

Hari ini mungkin sedap dan lazat siapa pun yang sedang menikmati kemanisan gula tapi kena ingat, kesedapan seminit mungkin boleh membawa penderitaan berzaman.

Cool brader dan sista.

Tiada ulasan: