"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Azan bidaah dalam majlis agama di Shah Alam

MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

Tangkap layar kejadian tersebut yang berlaku di sebuah majlis keagamaan di Shah Alam, baru-baru ini.

SHAH ALAM- Tular sebuah video yang memaparkan laungan azan bersifat bidaah didakwa berlaku di sebuah majlis keagamaan di Shah Alam, baru-baru ini.

Dalam video yang berdurasi 42 saat itu, bilal yang mengalunkan azan itu menyebut perkataan Saiyiddina sebelum menyebut perkataan Muhammad pada baris kelima dan keenam azan itu.

Hal ini telah menimbulkan kemarahan beberapa netizen yang marah dengan tindakan bilal menambah perkataan Saiyiddina ketika melaungkan azan.

Seorang netizen, Ahmad Khalil mendakwa beliau ada di majlis itu dan mendengar bilal menyebut perkataan itu.

Seorang lagi netizen, Juan Cruz berkata, hal ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan bacaan azan tidak pernah berubah sejak dahulu lagi.

“Minta Jakim dan JAIS siasat perkara ini.

“Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana bacaan azan tidak sebut perkataan Saiyiddina sejak dahulu lagi,” tegasnya. -KOSMO!ONLINE

Tiada ulasan: