"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Perjuangan ini sangat gila'

Agensi
LOREN bersama isterinya. FOTO Agensi dan Ihsan Loren Schauers
LOREN bersama isterinya. FOTO Agensi dan Ihsan Loren Schauers
Montana: Lelaki Amerika Syarikat (AS) yang pernah dikagumi dunia kerana semangat juangnya meneruskan hidup dalam keadaan dirinya tinggal separuh badan, kini memaklumkan keadaan kesihatannya semakin merosot.

Sebahagian tubuh badan Loren Schauers, 20, dihempap jentera angkat susun (forklift) ketika bekerja pada September 2019.

Akibatnya separuh bahagian badannya bermula dari pinggang ke bawah hancur hingga dia membenarkan doktor membuat pembedahan hemikorperektomi bagi menyelamatkan nyawanya.

Loren, dari Great Falls, menghabiskan tiga tahun kebelakangan ini bagi berkongsi perjalanan pemulihan dan rutin hariannya di media sosial bersama pengikut setianya.

Namun, dalam satu hantaran terbaharu 25 Ogos lalu, Loren memaklumkan keadaannya semakin bertambah buruk.

"Loren kini sedang dimasukkan ke hospital, ini sesuatu yang menyeronokkan untuk saya mencuba dan berjuang," katanya.

Sejak perkongsian dimuat naik, tiada sebarang perkembangan baharu sama ada daripada lelaki itu mahupun isterinya, Sabia Reiche, 23.

Beberapa hari sebelum itu, Loren mencipta halaman khas buatnya di GoFundMe bagi mengumpul dana untuk projek tangan bionik baharunya.

"Lengan bionik itu akan memulihkan deria sentuhan dan pergerakan penuh tangan saya.

"Ini akan membawa lebih banyak makna dalam hidup saya. Perjuangan ini sangat gila, namun saya gembira kerana saya mempunyai pengikut yang menyokong. Saya sangat hargainya," katanya.

Sehingga kini, dia berjaya mengumpul dana berjumlah AS$90,000 (RM402,075).
-hmetro 

Tiada ulasan: