"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gelar ‘anak papa’, Ahli Parlimen Pendang diarah keluar Dewan

Nora Mahpar

KUALA LUMPUR: Awang Hashim (PN-Pendang) diarah keluar dewan selepas enggan menarik balik kenyataannya yang menggelar Mohammed Taufiq bin Johari (PH-Sungai Petani) “anak papa” ketika membentangkan usul khas mengenai beras putih tempatan.

Beliau yang sebelum itu diarah untuk menarik balik kenyataan berkenaan, bagaimanapun tetap berdegil dan berkata: “Ini ‘konflik of interest’.”

“Semua anak papa, nak rasa buat apa? Yang dia terasa buat apa?,” soal Awang.

Taufiq adalah anak kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.

Timbalan Speaker Alice Lau berkata Awang dibenarkan masuk semula ke dalam dewan pada mesyuarat sesi petang.

Tiada ulasan: