"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakyat dah bising, baru nak buat kerja ke?

Warga asing guna lesen isteri tempatan monopoli perniagaan, kata exco N Sembilan
J Arul Kumar berkata, ada juga peniaga tempatan dikesan menyewa lesen perniagaan kepada warga asing.

Bernama
Pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan atau memberikan lesen atas nama warga asing untuk berniaga di mana-mana tempat, kata Exco Negeri Sembilan J Arul Kumar. (Gambar Facebook)
SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban akan memperketat penguatkuasaan ke atas premis perniagaan bagi menangani isu warga asing berniaga menggunakan lesen atas nama isteri warga tempatan, DUN Negeri Sembilan diberitahu.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri J Arul Kumar berkata, masalah warga asing menguasai perniagaan juga berpunca daripada tindakan sesetengah warga tempatan menyewakan lesen perniagaan kepada golongan tersebut.

“PBT (pihak berkuasa tempatan) tidak membenarkan atau memberikan lesen atas nama mereka (warga asing) untuk berniaga di mana-mana tempat, sama ada di kaki lima, pasar malam atau premis perniagaan,” katanya.

Arul Kumar berkata, dalam operasi berkala yang dijalankan pada Ogos dan September lepas, sitaan dan dua kompaun dikenakan ke atas dua pemilik perniagaan selepas didapati premis dilesenkan atas nama isteri berstatus warganegara.

Selain itu, dalam tempoh berkenaan juga sebanyak 22 kompaun atas kesalahan sama dikenakan ke atas premis perniagaan di Nilai, katanya.

Arul Kumar berkata, dalam menangani isu itu, sebuah jawatankuasa khas diwujudkan bagi memperketat syarat lesen premis.

Pembanterasan masalah ini juga memerlukan kerjasama pihak imigresen, kata Arul menjawab gesaan Mohamad Hanifah Abu Baker (PN-Labu) agar tindakan segera diambil terhadap peniaga warga asing yang kini memonopoli perniagaan pasar pagi dan pasar malam di negeri itu.

Tiada ulasan: