"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr Mahathir pernah ugut untuk pecat Lim Guan Eng tiga kali kerana tidak bersetuju mengharamkan UMNO

Malaysiakini
Menyanggah sudut pandang palsu Dr Mahathir

Lim Guan Eng
 
Buku Shattered Hopes karangan Romen Bose tentang politik tanah air pasca 2018 mendedahkan sudut pandang bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang sarat dengan kenyataan separuh benar dan juga kenyataan palsu.

Umum sudah pun kenal dengan sikap Dr Mahathir, seorang yang pakar dalam memilih gambaran terbaik buat beliau semata-mata.

Mudah untuk kita mengaitkan kepincangan maklumat tersebut dek kerana nyanyuk dalam usia lanjut beliau. Namun atas cita-cita dan azam tinggi serta motivasi politik membalas dendam yang telah dipamerkan, ia memaksa saya menulis dan memperbetulkan kenyataan tersebut.

Selaku menteri kewangan beliau, saya dapat bersama-sama di sebelah beliau sewaktu permulaan selaku perdana menteri buat kali kedua, dengan hasrat melaksanakan manifesto PRU 2018 oleh PH.

Malang sekali apabila beliau mula menghina tekad dan janji manifesto tersebut secara terbuka dan kemudiannya terang-terangan mengingkari hampir setiap janji pilihan raya utama yang dibuat oleh PH.

Bermula dengan kenyataan bahawa manifesto pilihan raya PH bukanlah 'kitab suci', kepada menentang janji-janji utama secara terbuka seperti pengurangan tol lebuh raya, pentadbiran PH pada tahun 2018 lantas menjelma menjadi medan pertempuran sengit setiap hari.

Pertembungan jelas antara mereka yang ingin melaksanakan janji-janji pilihan raya dengan barisan pembuli yang diketuai oleh timbalan presiden PKR ketika itu dan menteri hal ehwal ekonomi, Azmin Ali. Tidak hairanlah populariti PH jatuh merudum apabila beliau beria-ia menentang sekutu sendiri sama seperti serangan terhadap lawan politiknya.

Dr Mahathir secara terbuka pernah mengugut untuk memecat saya sebanyak tiga kali semasa mesyuarat Kabinet. Beliau juga secara terbuka marah dengan desakan berterusan saya untuk mengurangkan kadar tol Lebuhraya Utara-Selatan sebanyak 18 peratus, biarpun setelah ditentang keras olehnya.

Beliau juga menentang tindakan saya bagi melaksanakan tender terbuka untuk perolehan kerajaan dan memberi peruntukan pembangunan kepada ahli-ahli parlimen kerajaan.

Walaupun beliau memberikan tentangan, saya berjaya melobi majoriti anggota Kabinet untuk bersetuju dengan cadangan-cadangan ini lantas menimbulkan kekecewaan dalam dirinya.

Beliau juga terkejut dengan penentangan saya terhadap hasratnya bagi mengharamkan Umno sebagai parti politik. Biarpun kita menentang Umno ketika itu, saya berpandangan ia jelas bertentangan dengan hak asasi iaitu kebebasan untuk berpersatuan. Umno tidak pernah mengharamkan DAP atau PKR semasa kita menjadi pembangkang.

Saya berpandangan sekiranya pengharaman tersebut dilaksanakan oleh beliau, ia akan menyebabkan kita dilihat jauh lebih teruk daripada Umno. Saya mendedahkan isu ini kepada Anwar Ibrahim dan kami berjaya memaksa Dr Mahathir untuk melupakan hasrat dan idea tersebut.

Selain itu, Dr Mahathir juga sangat marah dengan peranan yang dimainkan oleh Ahli parlimen DAP Damansara ketika itu, Tony Pua selaku setiausaha olitik saya. Beliau berkali-kali memberikan bayangan agar saya memecat Pua.

Saya enggan tunduk kepada desakan tersebut dan menjelaskan bahawa saya juga akan meletakkan jawatan sekiranya Dr Mahathir memaksa pemecatan tersebut.

LIM GUAN ENG adalah ahli parlimen Bagan dan pengerusi DAP.

Tiada ulasan: