KOSMO
Tiga kelibat misteri berada di atas bumbung Stadium Wembley ketika Swift membuat persembahan. – X
LONDON – Peminat Taylor Swift yang menghadiri konsert Eras Tour di London merakam tiga kelibat misteri di atas bumbung Stadium Wembley ketika bintang pop tersebut beraksi di atas pentas.
Akhbar Metro UK melaporkan, penyanyi lagu Cruel Summer berusia 34 tahun itu mengadakan konsert di ibu kota Britain dan menghiburkan peminatnya selama tiga jam setengah.
Konsert jelajah dunia itu telah dipenuhi dengan pelbagai detik pelik dan indah, daripada perkahwinan sebenar dalam kalangan penonton kepada susuk misteri yang muncul di tengah-tengah orang ramai di Madrid, Sepanyol.
Namun, kejadian serupa berulang apabila seorang peminat merakam video tiga individu misteri menyusup di atas bumbung Stadium Wembley sebelum menari.
Peminat membuat spekulasi mengenai identiti individu misteri itu, dengan beberapa orang secara berseloroh mengatakan, mereka mungkin bekas kekasih Swift iaitu Matty Healy atau Joe Alwyn.
Namun, ramai peminat meluahkan rasa takjub dengan sekumpulan individu yang sanggup memanjat bumbung stadium semata-mata mahu menyaksikan persembahan Swift.
“Sanggup merisikokan nyawa untuk menonton Taylor Swift,” kata seorang netizen. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan