"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Punca ratusan ikan dalam kolam mati masih misteri

KOSMO!
RATUSAN ikan ditemui mati di Tasik Cove, daerah Salt Lake, - Foto Bahagian Sumber Hidupan Liar Utah
WASHINGTON – Pegawai-pegawai negeri Utah, Amerika Syarikat (AS) menyiasat keadaan sebuah kolam tempatan selepas beratus-ratus ekor ikan ditemui mati terapung di permukaan air, lapor laman berita Fox News semalam.

Bahagian Sumber Hidupan Liar Utah mengesahkan kejadian itu kepada Fox News Digital. 

Seorang jurucakap menjelaskan bahawa pegawai-pegawai telah dimaklumkan mengenai kejadian di Tasik Cove, daerah Salt Lake pagi kelmarin.

“Pakar-pakar biologi kami bertindak balas ke tempat kejadian dan mengesahkan bahawa dianggarkan 500 ekor ikan mati di dalam kolam itu. Namun, jumlahnya mungkin lebih tinggi,” katanya.

Ahli biologi dari Bahagian Sumber Hidupan Liar menguji tahap oksigen terlarut di dalam kolam tersebut, dan mendapati bahawa ia berada pada tahap yang mungkin menyebabkan kematian ikan.

“Kolam itu kini ditutup untuk kerja-kerja menangkap ikan, manakala kejadian itu sedang disiasat,” kata jurucakap berkenaan. – AGENSI

Tiada ulasan: