"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Rasa macam berada di negara asing',: Pemimpin, orang politik dan penguatkuasa pentingkan tembolok sendiri, inilah yang kita dapat

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my

SERAMAI 1,700 warga asing yang dikumpul untuk memeriksa dokumen dalam operasi PATI di Flat Bandar Sultan Suleiman, Klang. FOTO Hazreen Mohamad
Pelabuhan Klang: Kebanjiran warga asing di sekitar Jalan Sultan Abdul Samad 38, Bandar Sultan Suleiman, di sini, menyebabkan penduduk tempatan dibelenggu pelbagai isu termasuk kekotoran serta masalah sosial.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Zack, 50-an berkata, warga asing yang ramai di kawasan itu menyebabkan kawasan sekitarnya kotor kerana tabiat golongan berkenaan yang suka membuang sampah merata serta meludah.

"Malah, sikap mereka (warga asing) yang suka mabuk menyebabkan kami (penduduk) bimbang dengan keselamatan kami terutama sekiranya berlaku pergaduhan.

"Meskipun saya sudah beberapa tahun menetap di sini, namun kadang-kadang saya terasa seperti berada di luar negara disebabkan kehadiran mereka (warga asing) lebih ramai berbanding penduduk tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Operasi Bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor di lokasi terbabit, hari ini.

Zack yang bekerja di Pelabuhan Klang berkata, warga asing turut dilihat memonopoli perniagaan di kawasan terbabit.

"Jika dilihat di kebanyakan kedai, semuanya dimonopoli oleh warga asing. Mereka ada kedai runcit, kedai makanan dan pelbagai premis perniagaan lain yang diusahakan.

"Isu-isu seperti ini amat menggusarkan penduduk setempat dan diharap permasalahan ini dapat ditangani oleh pihak berkuasa," katanya.

Sementara itu, tinjauan wartawan Harian Metro mendapati lokasi terbabit adalah kawasan flat lima tingkat yang kebanyakan didiami oleh warga asing bekerja di kilang-kilang berhampiran.

Pemeriksaan dilakukan pihak berkuasa di beberapa kediaman didiami warga asing di flat berkenaan mendapati kebanyakan mereka tinggal antara lima ke tujuh orang serumah.

Kebanyakan warga asing yang ditemui mengaku bekerja di kilang dan kedai berhampiran dengan menyewa di flat terbabit dengan bayaran antara RM400 ke RM500 bagi satu bilik sebulan.

Ada juga warga asing mengaku tinggal di flat terbabit kerana ditempatkan oleh majikan mereka yang menyewa kediaman untuk dijadikan sebagai asrama pekerja.

Tiada ulasan: