"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Rider’ hantar datuk bawa jenazah cucu sejauh 53 kilometer

KOSMO
Tangkap layar menunjukkan penghantar itu bersama Arsyad yang menggendong jenazah cucunya. - IST
JAKARTA – Seorang penunggang teksi motosikal (ojol) di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan menjadi perhatian pengguna media sosial kerana menghantar seorang datuk bersama jenazah cucunya, dari hospital ke rumah pada jarak jauh, lapor laman berita Tribunnews. 

Menurut lelaki berkenaan, dia menempuh perjalanan sejauh 53 kilometer demi membantu warga emas tersebut yang dikenali sebagai Arsyad. 

Difahamkan, Arsyad tidak memiliki wang untuk menyewa kenderaan jenazah kerana harganya terlalu mahal iaitu 800,000 rupiah (RM229.16).

“Ya, saya tidak mampu bayar sewa kenderaan jenazah. Saya tidak sanggup. Saya hanya pemancing,” kata Arsyad. 

Disebabkan berasa kasihan, ‘rider’ tersebut nekad membantu Arsyad untuk pulang ke rumah di samping jenazah cucu kesayangannya yang baru meninggal dunia. 

Kisah warga emas yang menyayat hati dan sifat mulia ‘rider’ tersebut menjadi tular di laman media sosial.

Netizen turut menyuarakan rasa marah terhadap perkhidmatan hospital terbabit dan menganggap pemerintah di daerah itu tidak menjaga kebajikan masyarakat dengan baik. – AGENSI 

Tiada ulasan: