"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Seleweng petrol, pemilik stesen minyak antara dua ditahan

Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my
SEJUMLAH tong plastik mengandungi ditemui dalam kereta Perodua Axia ketika ditahan di sebuah stesen minyak di Kampung Chedok. FOTO Ihsan KPDN
SEJUMLAH tong plastik mengandungi ditemui dalam kereta Perodua Axia ketika ditahan di sebuah stesen minyak di Kampung Chedok. FOTO Ihsan KPDN
Tanah Merah: Dua lelaki termasuk pemilik stesen minyak ditahan bagi membantu siasatan berhubung aktiviti penyelewengan petrol.

Terdahulu, pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menahan seorang lelaki berusia 47 tahun disyaki penyeludup di stesen minyak di Kampung Chedok, di sini, semalam.

Menurut Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail, pihaknya mengesan sebuah kereta Perodua Axia dipandu seorang lelaki yang membuat pengisian berulang di beberapa stesen minyak sekitar 6 petang.

"Kenderaan itu ditahan dan pemeriksaan lanjut menemui 75 liter petrol dalam sejumlah tong plastik dalam kereta terbabit.

"Barang kawalan itu disyaki untuk diseludup ke Thailand menerusi lorong tikus yang terdapat di sekitar Bukit Bunga," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Azman berkata, dua lelaki itu termasuk pemilik stesen minyak yang berusia 40-an ditahan untuk membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurutnya, masih ada yang ingkar arahan tidak dibenarkan pengisian berulang dalam tempoh kurang satu jam bagi kenderaan sama dan pihaknya membuat pemantauan rapi berhubung perkara itu.

Sebanyak 48 daripada 245 stesen minyak di Kelantan berada dalam radius 25 kilometer (km) dari sempadan diberi perhatian bagi mengelak pembelian berulang petrol RON95.

Beliau berkata pengisian berulang tidak dibenarkan dalam tempoh kurang satu jam bagi kenderaan sama.

"Kami mempergiatkan lagi usaha dengan mengadakan pemantauan dan rondaan pencegahan ketirisan barang kawalan di stesen-stesen minyak yang terletak berhampiran sempadan negara.

"Amaran keras diberikan kepada individu yang terbabit dengan aktiviti penyelewengan barang kawalan malah tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi," katanya.

Tiada ulasan: