"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua daerah di Kelantan ini catat kes judi online tertinggi sepanjang 2023

Harapandaily

Dua daerah di Kelantan iaitu Kota Bharu dan Pasir Mas mencatatkan kes judi ‘online’ tertinggi sepanjang tahun 2023.

Menurut pendedahan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pihak berkuasa telah membuka 37 kertas siasatan di Kota Bharu dan 27 kertas siasatan di Pasir Mas.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini, beliau berkata selain Kota Bharu dan Pasir Mas, Tanah Merah merupakan daerah ketiga tertinggi dengan 24 kertas siasatan dibuka, diikuti Machang (23), Tumpat (17) dan Jeli (10). 

Pasir Puteh dan Bachok masing-masing sembilan, Gua Musang (5) dan Kuala Krai (2).

Sepanjang Januari hingga 23 Jun tahun ini, sebanyak 83 kes judi online telah direkodkan dan daripada jumlah tersebut, Pasir Mas serta Tanah Merah merekodkan kertas siasatan paling tinggi dengan 14 kes.

“Diikuti Kota Bharu 13, Bachok (9), manakala Tumpat, Pasir Puteh dan Machang masing-masing tujuh. Kuala Krai (6) dan Jeli serta Gua Musang (3),” katanya.

Muhamad Zaki memberitahu, kesemua kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tiada ulasan: