"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Chegubard dilepas dan dibebaskan tuduhan fitnah Agong

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
BADRUL Hisham atau Chegubard hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes terhadapnya di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. FOTO Hari Anggara
BADRUL Hisham atau Chegubard hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes terhadapnya di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. FOTO Hari Anggara
Kuala Lumpur: Ketua BERSATU Bahagian Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Yang di-Pertuan Agong, tahun lalu.

Hakim Norma Ismail memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan.

Dalam penghakiman ringkasnya, Norma berkata, keputusan dibuat selepas meneliti keterangan dan hujahan kedua-dua pihak.

"Sehubungan itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri," katanya.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.

Badrul Hisham, 46, didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah, dengan ada sebab untuk mempercayai bahawa kenyataan fitnah itu akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara pada 6 petang, 22 Januari 2024.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 7 Ogos lalu, pihak pendakwaan menutup kes selepas selesai mendengar keterangan saksi terakhir iaitu pegawai penyiasat pada perbicaraan kes itu.

Empat saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sejak hari pertama perbicaraan pada 16 Mei lalu, termasuk pengadu dari Istana Negara, dua saksi dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta pegawai penyiasat kes.

Tiada ulasan: