"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Johor: Lelaki dicekup hanya berseluar dalam dengan isteri orang

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my

Segamat: Seorang lelaki dicekup hanya berseluar dalam ketika bersama wanita berstatus isteri orang selepas sebuah rumah di daerah ini diserbu pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) malam tadi.

Serbuan dijalankan pada jam 12.30 tengah malam, selepas penguat kuasa menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di sebuah rumah teres dua tingkat.

Menurut JAINJ, sebaik tiba di lokasi, penguat kuasa mendapati pintu rumah terbabit dalam keadaan tertutup tetapi tidak berkunci dari dalam.

"Sebaik membuka pintu, keadaan ruang tamu bergelap dan penguat kuasa menyuluh sebelum melihat seorang lelaki dan wanita sedang tidur.

"Apabila suis lampu dihidupkan, kelihatan dua kanak-kanak lelaki berusia dua dan empat tahun iaitu anak kepada wanita itu tidur di sebelahnya.

"Pasangan itu terpinga-pinga sebaik dikejutkan oleh penguat kuasa. Ketika itu, wanita berpakaian skirt labuh dan baju T manakala pasangannya hanya berseluar dalam," katanya.

Katanya, pasangan terbabit masing-masing berusia 20-an dan pemeriksaan di tingkat atas menemukan ahli keluarga termasuk ibu kepada lelaki itu.

"Kesemua mereka tidur ketika penguat kuasa menjalankan pemeriksaan. Hasil soal siasat mendapati rumah itu milik lelaki terbabit yang menetap di situ bersama ibu dan adik-beradiknya.

"Lelaki dikatakan membantu wanita ini yang dalam proses perceraian dengan suaminya.

"Penguat kuasa merekodkan keterangan mereka dan ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 manakala mereka yang lain diminta hadir ke pejabat penguat kuasa untuk membantu siasatan," katanya.

Tiada ulasan: