"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kediaman Albert Tei diserbu SPRM

Muhamad Lokman Khairi
lokman.khairi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa menyerbu kediaman ahli perniagaan Sabah, Albert Tei di Puchong, hari ini.

Peguamnya, Zaid Malek mendakwa, pegawai SPRM dan polis di kediaman Tei tidak membenarkannya bertemu dengan ahli perniagaan itu.

Menerusi video dikongsikan di media sosial, Tei dilihat diiringi oleh anggota bersenjata yang memakai penutup muka dan ves SPRM.

Zaid berkata, hak anak gaumnya untuk mendapatkan khidmat guaman juga dinafikan dan ini melanggar undang-undang.

"Saya cuba untuk berhubung dengan anak guam saya, (tetapi) tidak dibenarkan dan telah dibawa oleh SPRM tanpa memberi apa-apa maklumat kepada saya," katanya.

SPRM sebelum ini memaklumkan bahawa siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan Albert dan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sedang dijalankan, dan semua pihak berkaitan akan dipanggil bagi mengumpul bukti yang diperlukan.

Shamsul mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, 25 November lalu.

Tiada ulasan: