"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PRN Sabah: Mahathir dakwa ada ‘tokoh’ miliki bukti ‘pembantu kerajaan’ rasuah

Harapandaily

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil dengan menuduh kononnya wujud “skandal yang berleluasa” dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Bekas Perdana Menteri dua kali itu malah mendakwa bahawa “pegawai dan kerajaan” mengamalkan rasuah ketika hanya berbaki empat hari sebelum pengundian berlangsung.

“Sebaliknya kerajaan konon sedang berjuang menghapus rasuah.

“Ternampak seperti biasa kerajaan kata lain, buat lain,” tulisnya di platform X petang ini.

Menerusi catatan ringkasnya itu, Mahathir mendakwa terdapat seorang “tokoh” yang sudah melakukan siasatan sendiri dan memiliki bukti tentang penglibatan “pembantu kerajaan” secara langsung dengan rasuah.

Namun, pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu tidak menyatakan siapa “tokoh” yang dimaksudkannya.

“Saya hanya dapat nasihat supaya ia (“tokoh”) hubungi pihak media,” sembang Mahathir lagi.

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata menyindir Mahathir termasuk kononnya teramat sedih apabila Pejuang tidak meletakkan calon bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN Sabah kali ini.

Tiada ulasan: