Ridzuan Abdul Rahman

KUALA LUMPUR: Pelakon Dharma Harun Al Rashid meninggal dunia di kediamannya di Wangsa Maju, di sini malam ini.
Anak kedua Allahyarham iaitu Muhammad Al Syafiq, 36, memaklumkan bapanya meninggal dunia sendirian di rumah mereka.
Muhammad Al Syafiq ketika dihubungi berkata, dia baru sampai rumah dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kira-kira jam 9.10 malam tadi dan mendapati bapanya sudah tidak bernyawa.
“Saya baru balik kelas. Dia jatuh. Tubuh badannya dah keras dan sejuk. Saya pusing mana pun dia keras. Saya sudah panggil ambulans,” katanya yang kedengaran panik ketika dihubungi, sebentar tadi.
Pada Julai lalu, Harian Metro melaporkan keadaan fizikal pelakon popular era 1980-an itu semakin merosot.
Ia berikutan Muhammad Al Syafiq memuat naik gambar Dharma yang sedang mengerjakan solat dalam keadaan duduk.
Allahyarham Dharma, 69, yang popular menerusi filem Adik Manja dan Sikit Punya Gila ketika dihubungi menerusi WhatsApp ketika itu dipetik berkata, berat badannya hanya 45 kilogram.
Allahyarham tinggal bersama Muhammad Al Syafiq, 36, dan anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37, yang kedua-duanya masih belajar di ASWARA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan