"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hadi ‘ubah agama’ lagi, UMNO dan Pas tidak lagi berbeza akidah

Hadi ‘ubah agama’ lagi, UMNO dan Pas tidak lagi berbeza akidah
Harapandaily

Ahmad Mursi

Demi untuk mengumpan UMNO, semalam (7 Jan 2025) Hadi menulis:
““…menyatukan kumpulan bangsa kita yang berpecah terutamanya, kerana perbezaan pendekatan politik bukannya perbezaan aqidah dan ideologi, khususnya antara perlembagaan Pas dengan perlembagaan UMNO.”

Baru setahun lepas, Hadi kata UMNO Dajjal. Kali ini baru akui, UMNO dan Pas tak berbeza akidah dan ideologi. Soalnya, adakah Pas telah jadi dajjal?

Sebaiknya, Hadi mula bubarkan Pas dan bawa semua ahli Pas sertai UMNO selepas perbezaan telah dimansuhkan.

Bayangkan, kalau sejak 80an, naratif Hadi seperti ini, betapa aman Malaysia ni. Bukan naratif berbeza ‘Akidah Perjuangan’.

Mungkin tiadalah Amanat Hadi Banggol Peradong 1981 yang framing UMNO sebagai kafir kerana ‘politik suku, agama suku’, mati berlawan UMNO dianggap syahid.

Mungkin juga 14 mangsa Memali yang tekorban dapat diselamatkan.

Mungkin juga tiada hal dua imam, suami isteri tak cerai berai, jenazah orang umno boleh diimamkan ahli Pas, kenduri orang UMNO wajib hadir, sembelihan UMNO tak dikira bangkai dan banyak lagi legasi Hadi.

Tapi waktu itu ramai yang terpengaruh dengan takfir politik neo-Khawarij dan ramai pula dah arwah. Yang sempat sedar patut sujud syukur kerana Allah telah selamatkan kita.

Jika Hadi benar-benar bertaubat, hentikan juga bermain isu akidah dengan parti lain seperti PKR, Amanah, DAP dan lain-lain.

Kerana pemimpin Pas dan walaun masih tak segan silu secara terbuka isytihar parti lain munafik, kafir, sekular, Islam liberal, musuh Islam. Ini semua takfir politik yang jadikan akidah sebagai senjata.

Tiada ulasan: