"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Piala Dunia sudah diatur untuk Messi, Argentina pertahan kejuaraan?

Agensi

Arlington: Peminat Piala Dunia secara kontroversi mendakwa kejohanan itu sudah diatur bagi membolehkan Lionel Messi mengetuai Argentina mempertahankan kejuaraan.

Bintang Inter Miami berusia 39 tahun itu bakal berdepan pasukan kerdil, Cape Verde, pada pusingan pertama kalah mati.

Argentina yang meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Jordan pula dijadual bertemu pemenang antara Australia dan Mesir pada pusingan seterusnya.

Laluan itu menyaksikan lawan paling berkemungkinan buat gergasi Amerika Selatan itu adalah Colombia, meskipun Switzerland, Algeria atau Ghana turut berpotensi menanti.

Situasi itu bermakna Argentina tidak akan bertemu mana-mana negara yang pernah memenangi Piala Dunia sehingga ke separuh akhir, apabila mereka mungkin berdepan England atau Brazil.

Pasukan gergasi seperti Perancis, Jerman, Sepanyol dan Portugal pula berada di bahagian satu lagi carta pertandingan, sekali gus menyebabkan Messi tidak akan bertemu mereka kecuali jika mara ke final.

Keadaan itu mengejutkan ramai peminat yang meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial selepas menyedari Argentina berpeluang melalui laluan lebih mudah untuk mempertahankan gelaran.

Seorang pengguna berkata: "Saya tidak mengatakan ia diatur, tetapi bagaimana Brazil dan England sahaja lawan kuat di bahagian Argentina? Nampaknya Argentina sekali lagi mendapat laluan lebih mudah.

"Sementara itu, Jerman, Sepanyol, Maghribi, Portugal dan Perancis semuanya berada di bahagian satu lagi yang jauh lebih sukar untuk ke final. FIFA melakukannya sekali lagi untuk Messi."

Seorang lagi pengguna pula menulis: "Secara kebetulan, Argentina sekali lagi mendapat laluan paling mudah ke final."
-hmetro

Tiada ulasan: