"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat wanita ditemukan dalam bagasi di Kajang

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis mengesahkan penemuan mayat wanita di dalam bagasi di ruang tamu sebuah rumah di Taman Impian Indah, Kajang, semalam.

Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 8.37 malam.

Katanya, sepasukan anggota polis bersama pasukan forensik dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati satu mayat wanita ditemukan di dalam sebuah bagasi di ruang tamu rumah berkenaan.

“Identiti mangsa serta bangsanya masih belum dapat dipastikan kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan,” katanya menurut Astro Awani.

Naazron berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Nur Ayuni Aziz di talian 016 2080717 atau talian kecemasan 999 bagi membantu siasatan. 

Tiada ulasan: