"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat reput ditemukan dalam semak di Bukit Jelutong

Bernama

SHAH ALAM: Polis mengesahkan penemuan satu mayat lelaki yang telah reput di kawasan semak berhampiran Jalan Persiaran Balairong U8, Bukit Jelutong hari ini.

Ketua Polis Shah Alam, Sarudin Samah, berkata maklumat diterima menerusi laporan orang awam kira-kira 2.45 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati identiti si mati gagal dikenal pasti berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai bersamanya di tempat kejadian.

“Pemeriksaan ke atas fizikal badan si mati juga tidak dapat dijalankan memandangkan keadaannya yang telah reput, dipercayai telah meninggal dunia lebih seminggu berdasarkan keadaan mayat,” menurut kenyataan.

Mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara Puncak Alam bagi proses bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat digesa menghubungi Pegawai Penyiasat Fildza Che Ibrahim menerusi talian 016-953 7372 bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan: