"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penganalisis: PAS tak ghairah sebab kecewa dinafi tanding KKB

Mohamad Fadli

Azmi Hassan berkata PAS mungkin mahu bertanding PRK itu dan keputusan PN meletakkan calon Bersatu menyebabkan ahli parti yang turun berkempen agak minimum.

Kelmarin, Ilham Centre berkata kajiannya di lapangan mendapati PAS yang sering menjadi jentera dan tulang belakang PN dilihat tidak ghairah berkempen di Kuala Kubu Baharu.
PETALING JAYA: Kecewa tidak dibenarkan meletak calon mungkin punca PAS dilihat tidak ghairah berkempen untuk Perikatan Nasional (PN) di PRK Kuala Kubu Baharu, kata penganalisis politik.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, PAS mungkin mahu bertanding DUN itu dan keputusan PN meletakkan calon daripada Bersatu menyebabkan pemimpin serta ahli parti tersebut yang turun berkempen di Kuala Kubu Baharu agak minimum.

“Kalau lihat jentera PAS paling efisien berbanding Bersatu dan Gerakan. Tetapi mereka tak turun bantu calon Bersatu kali ini,” katanya kepada FMT.

Kelmarin, badan pemikir Ilham Centre berkata kajiannya di lapangan mendapati PAS yang sering menjadi jentera dan tulang belakang PN dilihat tidak ghairah berkempen.

“Kali ini tidak nampak kelibat jentera PAS dari negeri lain selain Selangor berkubu di setiap pusat daerah mengundi (PDM).

“Penyertaan PAS Selangor juga tidak agresif, menyumbang kepada suasana sebegini rupa,” katanya yang turut membangkitkan prestasi ‘muram’ tiga wakil rakyat PN iaitu bagi Parlimen Hulu Selangor, DUN Hulu Bernam dan Batang Kali.

Bagaimanapun, ia disanggah Naib Presiden PAS, Mohamad Amar Abdullah, yang berkata jentera parti itu dikerah dari seluruh negara, menggunakan strategi berbeza dengan memberi fokus kepada kempen rumah ke rumah berbanding ceramah kelompok.

Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang senada dengan Azmi berkata, jika diberi peluang bertanding di Kuala Kubu Baharu PAS dilihat lebih berkesan berbanding sekutunya Bersatu.

Bilcher mendakwa, PAS berpandangan kawasan pengundi Cina lebih memberi peluang kepada calon Pakatan Harapan (PH), justeru parti itu tidak mahu membuang masa turun berkempen.

“Calon PN dan Parti Rakyat Malaysia sekadar untuk kurang majoriti calon PH. PAS lebih cekap dan faham situasi itu, (yang dilihat) buang masa dan wang,” katanya.

Beliau berkata, kesan daripada pemilihan calon Bersatu menyebabkan ahli PAS tidak turun mengundi dan memberi kelebihan kepada gabungan PH-Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan.

PH kekal di Kuala Kubu Baharu dengan majoriti 3,869 undi dalam pertandingan empat penjuru pada PRK semalam.

Calonnya daripada DAP Pang Sock Tao memperoleh 14,000 undi, menewaskan PN diwakili Khairul Azhari Saut yang mendapat 10,131 undi.

Manakala Parti Rakyat Malaysia (PRM) diwakili Hafizah Zainuddin serta calon bebas Nyau Ke Xin masing-masing mendapat 152 dan 188 undi.

Asrama terbakar, 10 pelajar nyaris terperangkap

Nazdy Harun
am@hmetro.com.my
ANGGOTA bomba sedang memadam kebakaran asrama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba sedang memadam kebakaran asrama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu. FOTO ihsan Bomba
Kuala Berang: Seramai 10 pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (Sahut) dekat sini, nyaris terperangkap apabila asrama yang dihuni mereka terbakar dalam kejadian awal pagi hari ini.

Dalam kejadian pada 3.30 pagi itu menyebabkan bilik yang menempatkan pelajar lelaki itu hangus kira-kira 70 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang Zulhisham Mohamad Yusof berkata, sebaik menerima panggilan seramai 15 pegawai dan anggota dari dari BBP Wakaf Tapai dan Kuala Berang bergegas ke lokasi.

Menurutnya, kebakaran membabitkan sebuah bilik asrama berkeluasan 20x20 kaki musnah dalam kejadian itu.

Katanya, kesemua pelajar yang berada di dalam bilik terbabit berjaya menyelamatkan diri.

"Operasi memadam dilakukan menggunakan sumber air daripada pam jentera bomba sehingga dapat dipadamkan sepenuhnya.

"Operasi tamat sepenuhnya pada 5.46 pagi dan punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Viral Mengajak YouTuber Cantik Korea Selatan ke Hotel, Pegawai Kanan Kementerian Digantung Tugas

Asri Damuna, ASN Kementerian Pengangkutan yang Menjemput YouTuber Korea Selatan ke Hotel
CNN Indonesia
Asri Damuna menjadi tumpuan selepas dirakam menjemput YouTuber dari Korea Selatan ke sebuah hotel. Video tersebut menjadi viral di media sosial. (tangkapan skrin youtube JIAH)
Jakarta, CNN Indonesia -- Ketua Unit Pengurusan Lapangan Terbang (UPBU) Sangia Nibandera Kolaka, Sulawesi Tenggara, Asri Damuna menjadi tumpuan selepas dirakam menjemput YouTuber dari Korea Selatan ke hotel berkenaan.
Kementerian Pengangkutan (Kemenhub) kini telah membebaskan Asri daripada tugasnya untuk menyiasat kes itu. Kementerian Pengangkutan amat kesal dengan video tular membabitkan Asri.

"Orang yang bersangkutan telah dibebaskan dari tugasnya untuk memudahkan siasatan dan tindakan lanjut," kata juru bicara Kementerian Pengangkutan Adita Irawati, di Jakarta, Jumaat (10/5).

Jika Asri terbukti melakukan tindakan ini, dia mungkin akan menerima sekatan dalaman kerana disifatkan tidak dapat menjaga maruah sebagai penjawat awam (ASN) negeri.

Jadi, siapakah Asri Damuna? Asri ialah Ketua Pejabat UPBU Sangia Nibandera Kolaka.

Perkara ini telah ditangkap oleh netizen di media sosial Kedudukannya tertulis pada foto itu.

Namun, selepas Asri menjadi bualan hangat, kini akaun Instagram UPBU Sangia Nibandera Kolaka telah hilang. Tiada maklumat lanjut dapat diperoleh mengenai Asri.

Laman web rasmi Kementerian Pengangkutan, Ketua Pengarah Penerbangan Awam berhubung Lapangan Terbang Sangia Nibandera juga tidak mengandungi sebarang maklumat mengenai Asri.

Dalam temu bual dengan salah sebuah stesen televisyen nasional, Asri mengakui dia berasal dari Kendari.

Asri menjelaskan maksudnya dengan membawa Jiah, YouTuber Korea Selatan, ke hotel. Dia mengaku Jiah orang pertama yang bertanya di mana dia tinggal. Selepas itu, Asri mengajak Jiah singgah.

Asri berkata, video mengenai pelawaannya ke hotel itu telah melalui banyak suntingan dan tidak mempunyai konteks yang lengkap.

"Selepas makan, dia bertanya kepada abang saya di mana dia menginap. Saya kata dia menginap di hotel di hadapan Swiss-Bel, kalau nak singgah, sila buat. Tapi pada dasarnya, video yang beredar sudah disunting. dalam banyak cara yang tidak bersambung," kata Asri, dipetik TVOne.