"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isteri ketiga ‘serbu’ suami curang

KOSMO!
TANGKAP layar menunjukkan seorang isteri menyerbu suaminya yang sedang bersama wanita lain. - AGENSI
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang isteri menyerbu suaminya yang sedang asyik berdua-duaan dengan wanita lain, lapor laman berita Akurat.co.

Kedua-dua mereka dikatakan menjalin hubungan cinta agak lama  secara dalam talian sebelum akhirnya bertemu secara bersemuka.

Menurut maklumat yang dikumpul, wanita yang datang menyergah itu  merupakan isteri ketiga lelaki berkenaan. 

Lelaki itu diketahui telah bercerai dengan isteri pertamanya, manakala isteri keduanya meninggal dunia.

Dia dan isteri ketiganya dikatakan sudah lama mengalami masalah rumah tangga, namun belum berpisah secara rasmi.

Lelaki itu turut didakwa mengabaikan anak dan isterinya serta kerap melakukan tindakan keganasan rumah tangga sepanjang berada di rumah.

Lelaki berkenaan disyaki sering menjual kisah sedih menerusi media sosial peribadinya mengenai statusnya sebagai duda anak dua, sebelum menghantar mesej kepada sebilangan  wanita di media sosial. – AGENSI

Tiada ulasan: