Harian Metso

PERMAINAN ‘squishy’.
Kanada
Laporan CBC News bertarikh 28 Ogos 2026. https://www.cbc.ca/news/health/squishy-toy-hazards-9.7324705
Antara tempoh 23 April hingga 24 Ogos 2026, Health Canada berkata pihaknya menerima 36 laporan berkaitan permainan squishy berbentuk ladu (squishy dumpling).
"Daripada jumlah itu, 30 laporan berkaitan bau, empat laporan mengenai penjualan produk berkenaan tetapi tidak menyebut mengenai bau atau kecederaan, manakala dua laporan melibatkan produk yang meletup. Sebanyak enam daripada laporan itu menyebut mengenai kecederaan, antaranya sakit kepala, ruam kulit dan kesukaran bernafas," kata Health Canada dalam kenyataan kepada CBC News.
Menurut Health Canada, laporan berkenaan membabitkan kanak-kanak dan orang dewasa.
Bagaimanapun, Health Canada berkata pihaknya belum mengenal pasti sebarang ketidakpatuhan terhadap peraturan kesihatan atau keselamatan, selain belum mengesahkan bahawa permainan berkenaan mendatangkan risiko kesihatan atau keselamatan tertentu.
Dalam perkembangan berasingan, Amazon Canada berkata pihaknya mengambil tindakan proaktif mengeluarkan sebahagian permainan squishy dumpling daripada platform berikutan laporan berkaitan kebimbangan keselamatan.
Laporan asal CBC bertajuk "Warnings over squishy toy hazards expand globally" turut menyebut bahawa isu ini bukan hanya berlaku di Kanada, sebaliknya beberapa negara sudah mengambil tindakan terhadap permainan squishy atas kebimbangan berbeza.
Thailand
Laporan The Nation bertarikh 3 Ogos 2026. https://www.nationthailand.com/news/general/40069335.
Institut Piawaian Industri Thailand (TISI) merampas hampir 20,000 unit mainan squishy (mainan picit lembut) tidak mematuhi piawaian bernilai lebih satu juta baht (kira-kira RM130,000) di sini, lapor The Nation.
Selain itu, TISI turut memberi amaran bahawa produk berkenaan berpotensi mendedahkan kanak-kanak kepada bahan kimia berbahaya yang dikaitkan dengan kanser dan risiko kesihatan lain.
Setiausaha Agung TISI, Ekniti Romyanon berkata, squishy dikategorikan sebagai produk mainan dan adalah barangan terkawal di bawah peraturan TISI, sekali gus wajib mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan di Thailand.
Katanya, mainan berkenaan menjadi semakin popular di media sosial dan dijual secara meluas di seluruh negara.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati banyak produk di pasaran tidak memaparkan tanda Piawaian Industri Thailand (TIS), sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna terutama kanak-kanak dan golongan muda.
United Kingdom
Laporan di laman sesawang Pejabat bagi Keselamatan dan Piawaian Produk (OPSS) United Kingdom (UK) bertarikh 4 September 2026.
https://www.gov.uk/product-safety-alerts-reports-recalls/product-safety-....
Kod keselamatan itu mengenai Squishy Dumpling D-9373. Pihak berkuasa menyatakan produk itu mempunyai risiko tercekik yang serius kerana bahan luar ladu boleh pecah dengan mudah dan melepaskan manik air di dalamnya.
Jika manik berkenaan ditelan selepas mengembang, ia boleh menyekat saluran pernafasan kanak-kanak kecil.
Produk itu berasal dari China dan kemasukannya ke UK ditolak di sempadan. Produk juga didapati tidak memenuhi keperluan Toys (Safety) Regulations 2011.
- Laporan di laman sesawang OPSS UK bertarikh 10 Ogos 2026:
https://www.gov.uk/product-safety-alerts-reports-recalls/product-safety-....
Ujian terhadap Squishy Dumpling Bun Squeeze Toy (mainan picit ladu bun kenyal) mendapati cecair di dalam permainan mengandungi mikroorganisma aerobik, yis dan kulat melebihi paras yang dibenarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan